SELAMAT DATANG KE LAMAN MY SANASINI, PEMBUKA MINDA ANDA, SILA BERIKAN KOMEN ANDA SUPAYA BLOG INI DAPAT MEMBERIKAN MAKLUMAT YG LEBIH TEPAT, SEMUA MAKLUMAT YG DIPAPARKAN ADALAH PENDAPAT PERIBADI SERTA RENCANA YG DIKUTIP DARI LAMAN-LAMAN YG LAIN. SEBARANG PENDAPAT SILA EMAIL KE mysanasini@gmail.com SILA EMAIL KE mysanasini@gmail.com

TOLONGLAH KLIK ADSENSE KAT SINI PLAK!!

TOL NAIK PULAK TAHUN 2008

Friday, June 1, 2007

Gempar : Tiger Show Hadhari Live Di Bukit Jalil !!

Berita gempar !! Dan sungguh memalukan. Inilah yang tidak boleh kita bayangkan. Ia bukan sahaja mencemarkan adat ketimuran malahan juga mempersendakan imej Negara Islam Hadhari di mata dunia sebenarnya. Bayangkan dalam sebuah acara karnival auto show seperti ini, turut juga diadakan acara pertandingan tarian "Ala Tiger Show". Ke manakah hilangnya pihak berkuasa dalam hal ini. Apakah mereka langsung tidak memantau setiap program besar yang diadakan di negara kita.

Maklumat terbaru ini Cucu terima dari seorang kroni yang sebenarnya bertugas sebagai urusetia di tapak Karnival Ultimate Street Tuners 2007 yang berlangsung di Perkarangan Letak Kereta Stadium Bukit Jalil pada 27 hingga 30 April baru-baru ini. Persoalannya, mengapakah kejadian seperti ini boleh berlaku dalam negara Islam seperti Malaysia ini. Program yang menelan belanja hampir RM1.3 juta itu bukan sahaja boleh merosakkan imej negara malahan juga kesucian agama Islam itu sendiri.

Kabarnya, setiap pengunjung yang ingin masuk menyaksikan karnival ini dikenakan yuran sebanyak RM20. Mereka bebas untuk menyaksikan acara pameran yang disediakan disamping melihat persembahan peserta yang diadakan sekitar jam 9.00 hingga 12.00 tengah malam. Menurut kroni Cucu lagi, program sampingan yang dikenali sebagai USTC 2007 "Dancing Queen" itu diadakan bertujuan untuk memberi hiburan percuma kepada penonton. Disamping menyaksikan berbagai jenis kereta yang dipamerkan , mereka juga boleh menyaksikan kelibat peserta wanita dengan aksi yang sungguh mengghairahkan.

Inilah dia, salah seorang denga peserta Tiger Show Hadhari yang merupakan anak orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Bayangkan sekiranya beliau ini adalah sedara mara kita ?


Bayangkan, peserta terbabit hanya menutup sebahagian bahagian dada dan bahagian sulit mereka sahaja untuk beraksi . Kebanyakannya adalah dari Malaysia dan selebihnya adalah dari negara luar seperti Taiwan, Filipina, Hong Kong dan lain-lain lagi. Bahkan, apa yang lebih menyedihkan lagi ialah terdapat dua orang peserta terbabit adalah wanita Melayu yang sememangnya beragama Islam. Jika dilihat kepada gambar peserta yang mengambil bahagian menerusi laman web USTC 2007 gaya dan aksi perserta tidak terlalu seksi. Namun sebaliknya, lain dari apa yang berlaku diatas pentas sebenarnya. Sememangnya aksi yang dipertontonkan adalah lucah dan amat menghairahkan. Kelihatan juga kelibat pengacara terkenal AC Mizal, yang diundang untuk mengendalikan pertandingan tersebut.

Apakah acara seperti ini harus dipertontonkan secara terbuka dikhalayak ramai seperti itu. Jika sebelum ini kita hanya mendengar acara tiger show ini hanya berlaku di kelab-kelab malam dan disko sekitar ibukota. Namun kini, ia semakin bebas seolah-olah mendapat sokongan daripada pihak berkuasa. Ini kerana program ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan sebagai sebahagian daripada acara "Tahun Melawat Malaysia 2007"


Cuba lihat , Inilah gayanya seorang pengacara terkenal berdansa denga peserta Tiger Show Hadhari di Bukit Jalil


Kalau tidak silap Cucu, masa kejadian ini adalah ketika seluruh negara sedang sibuk dengan dua acara besar iaitu Pilihanraya Kecil DUN Ijok Selangor dan juga Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diadakan di Kuantan 20-29 April yang lalu.

Mungkinkah kerana penganjur karnival "The Largest Outdoor Modified Car Showcase In South East Asia" menyedari bahawa seluruh negara tertumpu kepada dua acara besar tersebut maka mereka mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk mengadakan acara yang berbaur lucah dan mencemarkan imej negara Islam seperti itu.

Justeru itu, susulan daripada kejadian ini kita menantikan mana-mana ulamak dalam UMNO untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Apakah mereka merasa seronok untuk bersekongkol dengan acara maksiat seperti ini? Semoga mereka yang terlibat akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah. Apa yang penting, dosa juga akan turut terpalit kepada mereka-mereka yang menyokong kerajaan yang secara terang-terangan membiarkan perkara-perkara seperti ini berlaku di depan mata.

No comments: