SELAMAT DATANG KE LAMAN MY SANASINI, PEMBUKA MINDA ANDA, SILA BERIKAN KOMEN ANDA SUPAYA BLOG INI DAPAT MEMBERIKAN MAKLUMAT YG LEBIH TEPAT, SEMUA MAKLUMAT YG DIPAPARKAN ADALAH PENDAPAT PERIBADI SERTA RENCANA YG DIKUTIP DARI LAMAN-LAMAN YG LAIN. SEBARANG PENDAPAT SILA EMAIL KE mysanasini@gmail.com SILA EMAIL KE mysanasini@gmail.com

TOLONGLAH KLIK ADSENSE KAT SINI PLAK!!

TOL NAIK PULAK TAHUN 2008

Monday, June 4, 2007

KEBEBASAN MEDIA PERLU DIPULIHKAN SEGERA


4 Mei 2007, telah diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Media Sedunia. Sebagai rakyat marhaen kita amat teruja dengan perkara ini. Sememangnya memang sudah sekian lama kita menantikan satu detik dimana kebebasan media itu benar-benar dapat dikecapi oleh sekalian hambar rakyat. Di Malaysia, sebenarnya kini sudah tiada lagi erti kebebasan media. Kerajaan memerintah kini menggunakan segala macam bentu akta dan undang-undang yang ada, bagimenghalang rakyat dari menerima informasi yang tepat dan lebih meyakinkan. Akibatnya, mereka seboleh-bolehnya mahu rakyat hanya disogokkan dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja. Dari akhbarnya, saluran TVnya hinggalah internet pun ingin mereka kawal. Langkah ini diambil bagi menghalang rakyat dari melihat mereka menyelewengkan dan menyalah gunakan kuasa yang ada.
Harakah misalnya, satu media Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini hanya diberikan permit dua kali sebulan. Manakala akhbar-akhbar parti pembangkang yang lain terus dikawal, bahkan sekiranya ada bahan berita yang menggugat mereka berbagai tekanan diberikan kepada pihak berkenaan.
Asasnya adalah jelas, kerajaan tidak mahu ada rakyat yang celik mata dan hati melihat fenomena yang berlaku di depan mereka hari ini. Akibatnya, mereka yang menyokong parti pembangkang akan dicop sebagai pengkhianat dan penderhaka. Inilah sebenarnya yang berlaku kepada nenek moyang cucu Mat Kilau dan Tok Gajah dulu, mereka menentang penjajah Inggeris dari berkuasa di Pahang. Namun akhirnya mereka pula yang dicop sebagai penentang dan pengganas. Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pihak kerajaan.
Penyalah gunaan media ini, jelas akan dieksploitasikan sepenuhnya menjelang musim pilihanraya. Apa yang jelas dapat dilihat dalam Pilihanraya Kecil Ijok baru-baru ini, medialah yang telah membantu kemenangan calon BN sebenarnya.
Maka, sebagai rakyat yang cintakan ilmu dan kebebesan media marilah kita bergabung tenaga melahirkan hasrat mendesak kerajaan agar memberi peluang yang lebih luas kepada parti pembangkang untuk menyampaikan informasi mereka kepada seluruh ahli dan penyokong mereka di peringkat akar umbi. Apa guna kerajaan mendabik dada kononnya, media di negara ini bebas. Sedangkan hakikat sebaliknya "Jauh panggang dari api". Sama-samalah kita fikirkan, demi masa depan anak-anak dan negara kita hari esok.

1 comment:

Yoptanjung said...

teman tumpang saja nak test hantaq komen....kom ada masaalah sikit